Sunday, 29 January 2017

Kuliah Tafsir Al Baqarah ayat 151 Ustaz Mahyuddin

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin




1) Apabila menterjemahkan sesuatu janganlah meletakkan akal terlebih dahulu berbanding terjemahan ulama' terdahulu. kerana mereka mengikut peraturan2 terdahulu dalam menterjemahkan sesuatu ilmu. Seperti SOP, prosedur2 dan tatacara2. Sama spt Rasul Melayu. Tidak merujuk kpd ilmu2 terdahulu.

2) Ayat 151, Surah Al Baqarah:

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

3) _Nikmat pertama_ iaitu diutuskan seorang Rasul yg kamu kenali yg dikenali bukan sahaja oleh seorang bangsa tetapi seluruh alam (jin2, dan haiwan2). Nikmat berkiblatkan Kaabah, samalah spt nikmat diutuskan Rasul dr kalangan bangsa kamu (orang Arab sendiri).

4) Spt tanda2 dan penunjuk jalan utk pergi ke sesuatu tempat. Dan traffic light. Kita mengikut peraturan2 utk menuju ke sesuatu tempat. Begitulah jua Nabi yg menjadi petunjuk jalan.

5) Manusia berpecah kerana mereka mengkufuri nikmat. Nabi tunjukkan panduan tetapi kita memilih mengikut logik akal.

6) Khutbah Jumaat keluaran Jabatan Mufti kini menceritakan ttg politik Islam sbg satu dr cabang2 ilmu yg wajib dipelajari oleh umat Islam. Bahkan ada ilmu Sains Politik yg dipelopori barat utk memisahkan politik dr Islam. Sedangkan Sains ini satu ilmu yg berkaitan ttg teori2 berdasarkan pemerhatian dan logik mengikut akal manusia (mantik). Tetapi dipisahkan dengan dalil2 Al Quran. Yang diajarkan dr teori2 Yahudi dan Nasrani. Sedang Islam lengkap dengan dalil2 agama dan mengembangkan kembali siasah Syariah. Suatu sistem utk mengenali politik Islam itu sendiri berdasarkan dalil2. Kenapa manusia perlu beragama dan memerintah dengan cara yg ditunjukkan oleh Nabi.

7) Sahifah Madinah, diambil barat (Amerika) tetapi dipisahkan dengan agama dan hanya menggunakan akal. Apabila ada sekelompok manusia yg membawa dan mengajarkan politik Islam, ada tanggapan2 awal yg mempersoalkan kenapa berpolitik. Sedangkan ilmu politik Islam itu perlu dipelajari secara formal di masjid. Ada sesetengah menolak Praya sdgkan Politik itu sebahagian dr agama dan Praya sebahagian dr politik. Bahkan ia adalah tuntutan agama pd memilih kepimpinan negara. Utk memilih pemimpin yg punya ciri2 iaitu Muslim yang menyerah diri sepenuhnya kpd Allah, memahami agama dan tidak menggunakan logik akal, menggalakkan kpd menyeru ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

8) Kecualilah kalau kita tinggal di Amerika, London yg punya pemerintahan bukan Islam. Tiada peluang utk nak melaksanakan sepenuhnya tuntutan2 Islam dlm pemerintahan.

9) _Nikmat kedua_, ialah nikmat membacakan ayat2 Kami (Allah) kpd org2 sekitar shggalah sampai kpd kita pd hari ini. Tujuan membersihkan amalan syirik dan maksiat. Tidak cukup sekadar membicarakan ttg politik andai tiada ayat2 Al Quran yang diangkat utk memisahkan unsur2 syirik dan kemaksiatan. Dalam kerangka Islam. Al Quran ialah dustur iaitu perlembagaan yg tertinggi. Bukan Al Quran di bawah perlembagaan. Seperti sekadar agama rasmi ialah agama Islam. Bahkan apa yg diajarkan dlm Al Quran itulah yg perlu dilaksanakan dan diletakkan di atas.

10) Mengambil istinbat berdasarkan hadith2 terdahulu spt Hadith Hassan. Kerana Hadith itu dr pemerhatian sahabat2 terhadap segala perbuatan Nabi.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...