Saturday, 7 January 2017

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin (Tafsir Al Baqarah ayat 148)

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin

1) Hendaklah kita memastikan seisi rumah kita mentaati Allah.

2) Halangan2 kadang2 berpunca dr sumber2 rezeki yg syubhah yg boleh menyebabkan siksaan2 dr Allah.

3) Wahai org2 yg beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kami dr Neraka Allah.

4) Al Baqarah 148.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

5) Fastabiqu bermaksud berlumba2 spt musabaqah iaitu pertandingan tetapi berlumba dengan siapa? Sebenarnya berlumba dengan diri kita. 4 per kita berlumba dengan diri kita:

i) Nafsu kita - nafsu kita ada yg ammarah yg mengajak kpd keburukan. Mematikan nafsu ammarah dan menghidupkan akidah dlm diri kita dengan bersungguh2 mentauhidkan Allah yg maha esa. Mendapatkan akidah hendaklah dengan ilmu. Barulah timbul yakin kpd iman kita. Pagi dan petang kita berserah diri kpd Allah. Pendidikan ptg utk dapatkan ilmu agar betul2 yakin dgn Allah. Surah Al Ikhlas, "Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa". Allah itu tunggal dan mengisbatkan (menafikan) dgn yg lain.

Berlumba2 dengan tambah iman sehinggalah keburukan dr nafsu jatuh dengan sendirinya. Tambah kebaikan dlm diri sendiri.

Apabila kiblat dipindahkan dr Masjidil Aqsa ke Baitullahil haram, timbul rasa keseronokan. Seperti kita yg dr tempat lain kembali ke tempat asal. Perasaan kita seronok bila balik ke kg pedalaman kita.

Kita diajarkan membaca doa, "Allah hummah tim lana bi husnil khotimah wala tahtim 'alaina bi suu il khotimah" kerana kita nak balik dlm keadaan yg baik.

ii)

6) Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian.

7) Setiap pemeluk agama ada kiblatnya tersendiri. Dalam agama2 lain, jgn kita samakan persamaan2 tuntutan agama lain spt dlm bab bersosial dengan persamaan pd bab akidah iaitu menyembah Tuhan. Yg memisahkan ialah Akidah. Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku.

8) Membaca dituntut. Allah memerintahkan Nabi membaca dengan nama Tuhan kamu. Bermaksud kena merujuk kpd org yg pakar dlm Al Quran utk memahami apa yg dibaca. Seperti pd bab Faraidh. Kalau x faham, kena tanya balik.

9) Apa sahaja yg kita suka dan kita buat, maka tujuan dan objektif kita hendaklah mendapatkan keredhaan dr Allah. Kalau bukan, maka berhenti di situ. Spt nak dpt redha manusia, maka bukanlah dikatakan berlumba2 utk mencapai redha Allah.

10) Kalau ke India atau China, dengan memakai kupiah pun dah prejudis. Periksa andai kita org Islam. Check visa kita andai pernah ke Pakistan, ada generasi keluarga keturunan Pakistan dll. Kerana musuh utama India ialah Pakistan.

11) Khilafah Allah sbg matlamat kita. Gunakan pen dan duit utk meninggikan Khilafah Allah atas muka bumi. Spt sumbangan derma dsbgnya. Berkaitan dengan Khilafah Allah. Andai kita tiada usaha ke arahnya kena check diri kita semula. Walaupun sumbangan 10 sen sahaja. Saling memberi kekuatan utk menegakkan Khilafah Allah.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...