Saturday, 31 December 2016

Laporan Status Pembangunan KAFA (31 Disember 2016)

Salam. Berikut dikongsi kan bersama laporan status pembangunan KAFA:

1) Kerja-kerja yang telah siap sehingga 21/12/2016 adalah seperti berikut:

a) Memasang wiring oleh 15 orang petugas Pahang Skills (PSDC) dan dibantu oleh Sarjan Rozi.
b) Memasang frame ceiling dan memasang ceiling. Blok 1 siap 3 kelas. Blok 3 siap 2 kelas. Blok 2 belum siap.
c) Menanam 6’ underground PVC piping di bahagian dalam kaki lima (antara Blok 1/2/3)


2) Kerja-kerja yang telah disiapkan pada hujung minggu lepas sehingga 26/12/2016 adalah seperti berikut:

a) Meratakan tanah diantara Blok 1/2/3 dengan menggunakan JCB.
b) Menyambung kerja2 memasang frame ceiling dan ceiling di Blok 3 (1kelas) dan Blok 2 (bilik guru dan tandas).
c) Function test sistem pendawaian.
d) Plaster dinding di bahagian conduit.
e) Mengecat dinding kelas bahagian dalam, ceiling dan frame ceiling Blok 1 & 3 (undercoat) bersama penduduk BDK secara bergotong royong pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin (24-26/12/2016) pukul 8.00 pg - 12.00 tghari.

                     
                     
                       
                       


3) Kerja-kerja yang telah disiapkan sehingga minggu ini, 31/12/2016.

a)  Membuat sistem pembentungan tandas (sump pit dan sewage) di bahagian luar keliling Blok 2/3 dan membuat penyambungan underground PVC Piping sehingga ke tangki JPP (depan masjid)


   

Kerja2 yang sedang dalam pembikinan seperti berikut.

a) Memasang tile tandas dan dan plaster dinding enam buah tandas.
b) Memasang kelengkapan tandas (Lima set tandas cangkung dan satu set tandas duduk (untuk tandas guru))*
c) Membuat bin 3 kaki untuk platform tangki air.
d) Memasang tangki air, pump air dan piping ke tandas.
e) Render lantai 2 Kelas di Blok 1



 

Kerja2 yang akan dirancang pada minggu2 berikutnya adalah seperti berikut:

a) Simen kaki lima keliling Blok 1/2/3 bahagian luar dan dalam
b) Menyambung mengecat Blok 2
c) Memasang lampu dan kipas di setiap bilik kelas dan bilik guru.
d) Memasang kayu peleh dan bracket dan memasang gutter di bahagian dalam Blok 1/2/3

Jazakallah.


No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...