Sunday, 11 June 2017

Kuliah Subuh Ust Mahyuddin 11 Jun 2017

Tafsir surah Al Baqarah ayat 167.



1) Sesungguhnya setiap amalan dan perbuatan itu bermula dengan niat. Suatu per yg ghaiban. Tidak dapat dilihat oleh org lain.

2) Solat musafir itu sah kerana dengan niat. Andai kita niat musafir ke Kuala Lumpur. Per yang lagha juga tidak boleh menjadi niat utk kita bermusafir walaupun perjalanannya jauh.

3) Al Baqarah ayat 167:

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

4) Sambungan dari ayat sebelumnya, tentang dua pihak yg syirik dan yang menyembah Allah. Ketua2 pihak yg mensyirikkan Allah akan berlepas diri dan meninggalkan pengikutnya di akhirat kelak sesudah melihat azab dr perbuatan2 mereka. Sedang pengikut2 mereka suatu ketika dahulu lebih takut kpd mereka (manusia) dr Allah.

4) Allah uji dengan men'jentik' manusia di dunia dengan memasukkan taufik dan hidayah. Andai kita terlalu jauh dengan Allah, dalam kejahilan dengan tidak menerima Al Quran dan Hadith, maka kita tidak dapat menerima taufik dan hidayah dari intisari, dapatan dan tafsiran dr Al Quran dan Hadith. Perbuatan dan percakapan kita adalah berdasarkan kpd kefahaman kita terhadap nas2 yg sahih (bg orang2 yg berilmu).

5) Kes2 seperti LGBT akibat kejahilan. Meletakkan tuntutan agama dibelakang akal mereka.

6) Menghayati Surah Al Fatihah. Pada ayat2 spt "tunjukkan kpd ku jalan yg lurus". Minta sungguh2. Org2 terdahulu menggunakan al Fatihah utk meminta disembuhkan suatu penyakit. Dengan meminta kpd Yang memberi kemudaratan dan Yang memberi kesembuhan. Allahlah yg berkuasa dan berkehendak. Mendahului kehendak makhluk.

7) Kehendak makhluk sangat banyak. Mcm2 kita minta kalau solat hajat. Sedang Allah berkehendak kita menjadi hambaNya. Apabila kita masuk dalam kelompok hambaNya maka barulah kita akan dimasukkan ke dalam kelompok org2 yg masuk syurga.
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
وَادْخُلِي جَنَّتِي

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

8) Tengok seseorang itu pd kawannya. Seperti sahabat2 Rasulullah. Mereka berniat beribadah utk akhirat terlebih dahulu dari berniat utk dunia. Spt berniat nak raya. Kita lebih awal niat nak beraya sebelum sampai masanya. Sedangkan org2 terdahulu memasang niat awal utk menghadapi Ramadhan.

9) Orang2 yg menjadi pengikut kpd pemimpin2 dan ketua2 mereka yg berlepas diri di akhirat, mereka juga ingin berlepas diri setelah diperlihatkan amalan2 mereka dengan penuh penyesalan.

10) Kita akan ditanya oleh Allah,  akan apa yg kita kerjakan. Termasuk pd menyeru kpd saudara2 kita yg sama agama, dan keturunan, tetapi jauh dari taufik dan hidayah dan melakukan kemungkaran spt yg dipaparkan di Harian Metro. Dengan menegur dengan tangan (kekuasaan), dengan lisan dan kalau x mampu dengan niat.

11) Kisah seorang pencuri yg masuk ke rumah wali Allah yg soleh. Apabila masuk ke rumah itu, pencuri itu x jumpa apa2 yg hendak dicuri. Melainkan ditunjukkan kpd wali Allah itu cerek. Ditanya apa yg dia buat dengan cerek itu. Wali itu menjawab, utk mengambil wudu'. Kemudian ditunjukkan cara mengambil wudu', dan kemudian solat dan sesudahnya berzikir. Akhirnya pencuri itu menjadi pengikut kpd Wali Allah itu.

12) Banyakkan berdoa kpd mereka yg jauh dari jalan Allah. Termasuk pd saudara2 kita, pemimpin2 kita dan raja2 kita. Agar kita semua terjentik hati agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah. Andai kita x berdoa kepada Raja kita, siapa lagi yang nak berdoa. Spt ibu bapa kita, kalau kita tak berdoa, siapa yg nak berdoa utk mereka. Maka, kena doa kpd diri kita dan semua saudara2 kita termasuk yg fasik.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...