Saturday, 19 January 2013

Khutbah Jumaat 18 Jan 2012

Khutbah Jumaat 18 Jan 2012
Khatib: Ustaz Kamarul MADI
Sifat Positif Pemangkin Kejayaan.

1) Surah Al Mulk ayat 2:" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

2) Agama Islam menganjurkan umatnya agar berfikiran positif dan jauhi prasangka buruk. Pesanan Rasulullah yg menyanjungi mukmin yg berfikiran positif:
" “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

3) Surah Al Hujurah ayat 11:
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

4) Kita perlu mempelajari sikap ppsitif dr sahabat Rasulullah:
a) jelas matlamat hidup utk mengabdikan diri kepada Allah.
b) tegas memegang prinsip akidah dan syariat
c) memiliki smgt juang yg tinggi dan berani menghadapi risiko
d) tidak lupa akan dunia dan tidak pula hanyut dengannya
e) istiqamah
f) berani membuat perubahan terhadap diri sendiri.

5) Jauhilah perkara dan perbuatan yg boleh menjerumuskan diri kelembah kehinaan.

6) Surah Ali Imran ayat 110:
" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...