Sunday, 17 February 2013

Khutbah Jumaat 15 Feb 2013



KEUNGGULAN AKHLAK DAN SYARIAT
YANG DIBAWA MUHAMMAD SAW

Khutbah Pertama

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kejayaan umat Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat banyak bergantung kepada kesungguhan mereka dalam mencontohi sistem yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Ketinggian akhlak nabi Muhammad SAW hanya akan dapat dicontohi oleh mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta dan banyak mengingati Allah. Bagi golongan yang tidak beriman maka ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW hanyalah sekadar catitan sejarah yang dibaca dan dikagumi semata-mata.

Sidang Jumaat Sekelian,

Syurga Allah bukanlah sesuatu yang terlalu murah untuk diperolehi tanpa ada sebarang usaha untuk memperolehinya. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mengamalkan akhlak yang terpuji dalam seluruh kehidupannya malah terpaksa berjuang dengan air mata dan darah untuk mendapatkan syurga. Seorang wali Allah, Syeikh Ibrahim bin Adham ketika berhenti di persinggahan untuk ke tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya, lantas Ibrahim menangis teresak-esak kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Musuh Islam sentiasa mencari jalan bagaimana cara untuk menjauhkan umat Islam sendiri daripada menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan disamping memomokkan kepada dunia dengan tuduhan liar tentang nabi Muhammad s.a.w yang digambarkan dengan pelbagai kejahatan. Sebagai contohnya tindakan Majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang membuka lembaran tahun baru 2013 dengan menerbitkan komik biografi Nabi Muhammad SAW dengan melukis gambar baginda yang mulia. Jika sebelum ini majalah ini melukis gambar yang menghina nabi Muhammad s.a.w dan kali ini dengan tujuan memuji nabi namun ia merupakan suatu perbuatan yang haram dan tidak boleh dibiarkan sama sekali. Sebenarnya musuh Islam tidak mampu menutup sanjungan kepada nabi Muhammad s.a.w daripada tokoh mereka sendiri seperti tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonapart di mana walaupun dia bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata,

“Saya begitu kagum kepada manusia agung ini. Saya kagum kerana keagungan akal dan hati nabi Muhammad s.a.w.”

Begitu juga pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali, Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis banyak menghasilkan artikel mengenai Islam dengan katanya,

“Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh manusia membaca ‘Buku Alam’ dan berfikir mengenainya supaya dengannya manusia yakin ada kewujudan Tuhan.”

Begitulah jujurnya cetusan tokoh Barat itu dalam memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun. Masih banyak lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan mereka mengangkat imej Nabi Muhammad s.a.w di puncak tinta kajian mereka. Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat meletakkan nama nabi Muhammad s.a.w pada kedudukan teratas dalam kalangan 100 orang tokoh yang paling berpengaruh. Malah Universiti Harvard di Cambridge sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya iaitu terjemahan ayat 135 Surah An-Nisa :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّـهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَ‌بِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرً‌ا فَاللَّـهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِ‌ضُوا فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرً‌ا

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah ar-Ruum :

الم ﴿١﴾ غُلِبَتِ الرُّومُ ﴿٢﴾ فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣﴾ فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤﴾ بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿٥﴾

Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar dan kekal di mana banyak menceritakan peristiwa dahulu dan akan datang antara bukti bahawa ia bukan rekaan nabi Muhammad s.a.w sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah. Antaranya kisah kemenangan silih berganti antara Rom Kristian dan Parsi Majusi yang benar-benar dilihat berlaku oleh para sahabat. Malah semasa kelahiran nabi Muhammad s.a.w lagi dunia mengalami beberapa peristiwa gempar antaranya runtuhnya beberapa tiang istana kerajaan Rom dan padamnya api penyembahan Majusi kerajaan Parsi seolah-olah petanda awal kedatangan nabi Muhammad s.a.w bakal menjatuhkan 2 empayar besar pada itu iaitu Rom dan Parsi. Ini diikuti dengan sabda nabi dalam hadis riwayat imam Muslim daripada Jabir bin Samurah yang bermaksud : Segolongan orang Islam bakal menguasai harta kekayaan kaum kerabat maharaja Parsi di Abyad. Ia terbukti pada zaman Khalifah Sayyidina Umar melalui panglima tenteranya Saad bin Abi Waqqas pada tahunn 637 Masihi. Begitu juga sabda nabi dalam hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Kaisar Parsi bakal hancur dan tidak ada kisra selepas itu. Kaisar Rom juga bakal hancur dan tidak ada kaisar selepas itu. Harta-harta rampasan diagihkan pada jalan Allah. Ia terbukti dengan kejatuhan Rom pada zaman Empayar Uthmaniah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota Istanbul.

Kita pada hari ini sudah tidak dapat melihat mukjizat seperti pembelahan bulan, air yang keluar dari celah jari nabi yang mulia, pokok tamar yang berjalan bila diseru oleh nabi dan banyak lagi mukjizat yang lain namun mukjizat yang paling besar dan berkekalan terus ada pada tangan kita umat akhir zaman iaitu al-Quran yang mulia disamping hadis nabi. Umat Islam dahulu berjaya menguasai dunia kerana berjaya melaksanakan perintah Allah dan rasulNya termasuk menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang mustahil untuk menghancurkan kekejaman zionis yahudi dan seterusnya memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa kerana ia telah dimaklumkan melalui lidah nabi Muhammad s.a.w. Kejayaan dan kegagalan kita bergantung kepada sejauh mana keyakinan dan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan. Jika Islam yang kita pilih maka kejayaan yang kita bakal raih. Jika jahiliah yang kita guna maka kehinaan yang kita bakal terima. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Saturday, 19 January 2013

Khutbah Jumaat 18 Jan 2012

Khutbah Jumaat 18 Jan 2012
Khatib: Ustaz Kamarul MADI
Sifat Positif Pemangkin Kejayaan.

1) Surah Al Mulk ayat 2:" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

2) Agama Islam menganjurkan umatnya agar berfikiran positif dan jauhi prasangka buruk. Pesanan Rasulullah yg menyanjungi mukmin yg berfikiran positif:
" “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

3) Surah Al Hujurah ayat 11:
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

4) Kita perlu mempelajari sikap ppsitif dr sahabat Rasulullah:
a) jelas matlamat hidup utk mengabdikan diri kepada Allah.
b) tegas memegang prinsip akidah dan syariat
c) memiliki smgt juang yg tinggi dan berani menghadapi risiko
d) tidak lupa akan dunia dan tidak pula hanyut dengannya
e) istiqamah
f) berani membuat perubahan terhadap diri sendiri.

5) Jauhilah perkara dan perbuatan yg boleh menjerumuskan diri kelembah kehinaan.

6) Surah Ali Imran ayat 110:
" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."

Jazakallah.

Kuliah Maghrib Ustaz Syafie (Tafsir Surah Al Insan) 17 Jan 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Syafie di Surau Bandar Damansara Kuantan
1) Buat pilihan yg tepat di atas muka bumi. Bumi panduan kita oalah Al-Quran.Surah Al Insan ayat 3:
" Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)."
2) Beruntunglah bagi mereka yg mensucikan diri mereka. Menjaga akhlak dan hubungan kita dengan sesama manusia, dgn haiwan. Kisah seorang wanita yg kurung kucing tak beri makan mati kelaparan masuk neraka walaupun hubungan dia dgn sesama manusia baik.
3) Check point pertama:
a) Ketika saat kematian: Malaikat Rahmat/Malaikat Azab
b) Alam barzakh. Ruh org beriman akan diberi layanan yg istimewa oleh sekumpulan Malaikat Rahmat. Ruh orang yg kufur, imannya tidak dpt menjawab soalan2 yg bertubi2 oleh Malaikat Azab.
c) Malapetaka/kegembiraan.wajah yang berseri-seri hati yang gembira.
d) Pintu syurga atau neraka.

4) Surah Al Insan ayat ke 12:" Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera."

5) Ayat 13:
" Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk"
- berehat2 di atas sofa2 dlm keadaan berehak2 menikmati keindahan syurga.

6) Ayat 14: " Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya."
- buah2an di syurga, boleh petik dan makan pada bila2 masa sahaja. sgt senang berbanding di atas dunia.
- makan di syurga banyak mana pun tidak memudaratkan.
- duduk di syurga sihat selama2nya.

7) Ayat 15: " Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)"
- gelas2 yg bertelinga.
- dahulu, minum air guna bekas yg diperbuat dr kulit haiwan.
- di atas dunia kena order, di syurga, dgn niat sahaja terus dihidangkan.

8) Ayat 16: " (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya."
- pattern gelas disediakan terus ikut niat.

9) Ayat17: " Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil","
- cukup menggambarkan air yg lazat, segala macam herba. Tetapi tak diceritakan satu persatu dalam Al Quran. Cth: tongkat ali.

10) Ayat 18:" Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"."

11) Ayat 19: " Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan."
- dalam syurga ada macam2. kenderaan paling laju iaitu buraq, rumah2, air sungai yg mengalir, ladang dan kebun2, udara yg segar.
- semuanya ada penjaganya iaitu wildan iaitu org2 muda seramai 10,000 spt diriwayatkan oleh Imam Tabrani.

12) Ayat 20: " Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya)."
- Mulkan Kabiira iaitu pemerintah yg Maha Besar iaitu Allah SWT.

12) Ayat 21: " Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci."
- Imam Baihaqi: niat sahaja sudah cukup utk dapat baju yg nak dipakai.
- niat nak pakai cincin besar, jam tangan, terus dapat.

13) Ayat 22: " (Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

14) Kesimpulan: Takkan sama org yg mentaati perintah Allah dan orang yg menderhaka.

Thursday, 17 January 2013

Kuliah Bulanan Berkitab (Syariat dan Hakikat) Jumaat Minggu Kedua

KULIAH MAGHRIB BULANAN: 
PENGAJIAN KITAB SECARA BERGURU: SYARIAT DAN HAKIKAT
 OLEH: UST KHAIROL MUSA (DARI KEMAMAN)
HARI: JUMAAT (MINGGU KEDUA) 
MASA: ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Kuliah Maghrib Ustaz Zaki Ibrahim (Penghayatan Hijrah) 5 Disember 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Zaki Ibrahim di Surau Bandar Damansara Kuantan.
Tarikh: 5 Disember 2012

Penghayatan Hijrah
1) Permulaan tahun Islam. Bulan Muharram sbg bulan pertama. Hijrah Nabi berlaku pd bulan Rabiul Awal. Tapi nabi niat berhijrah seawal bulan Muharram. Sesetgh Ulamak berpendapat sdmikian.
2) Setiap amalan itu bergantung kpd niat seseorang. Barangsiapa yg berhijrah krn Allah dan Rasul maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Barangsiapa yg berhijrah uttk wanita yg hendak dinikahinya, maka dia akan berhijrah pd apa yg dia niatkan.
3) Hijrah Nabi bermula apabila org kafir membuat perancangan. Nabi diarahkan utk keluar apabila org kafir merancang utk membunuh Nabi.
4) Al Anfal ayat 30:
" Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya."

10 org pembesar Quraisy dtg ke mesy. Apa tindakan kita nak ambil utk Muhammad. Antara cadangan:
1) memenjarakan Nabi. Iblis tak setuju
2) membunuh Nabi.
3) keluarkan Nabi dr Makkah/usir.Iblis tak setuju juga

Ulamak muktabar mentafsirkan ayat ini sebagai mana2 perjuangan umat Islam akan menempuhi ujian2 seperti ini. Antaranya: Sheikh Mustafa Mashoor Ilhwanul Muslimin di masuk penjara.

5) Perkara pertama yg di buat oleh Nabi seawal hijrah ialah membina masjid.

6) Pengorbanan sahabat2, spt Suhaib Ar Rumi. Abu Salamah yg meninggalkan isteri pergi berhijrah yg dihalang keluarga mertua. Bukti kecintaan sahabat2 kpd Nabi.

7) Kisah Abdullah Bin Zaid yg diajarkan kalimah azan di dalam mimpinya. Abdullah brtahu Nabi dan Nabi minta diajarkan kpd Bilal. Begitu juga Umar yg bermimpi per yg sama. Peringkat awal perbincangan sahabat utk memanggil solat dgn loceng, dgn tiupan dan dengan menaikkan bendera.

8) Pembinaan Negara Islam.yg pertama. Di Makkah, Nabi tak boleh laksanakan Negara Islam kerana pembesar2 Quraisy tak beri Nabi campur tangan urusan pentadbiran dan berdakwah. Tapi Nabi ditawarkan wanita, harta dan pangkat. Nabi tidak memilih. Bukti Islam perlukan kpd kuasa pemerintahan. Selepas berhijrah ke Madinah Nabi membina Negara Islam di Madinah shgga kpd peristiwa fathul Makkah apabila orang ramai dtg berbondong2 pd hari pembukaan kota Makkah.

9) Sejarah kemerdekaan Negara, Inggeris melaksanakan Ghuzwatul Fikr dgn mengasingkan kuasa raja2 yg tidak holeh mencampuri urusan pentadbiran ttp hanya menjaga bab agama dan adat istiadat sahaja. Peninggalan budaya Inggeris, dr yang sekecil2 seperti, "ladies and gentlemen!" & "left right left right!".. memulakan dgn wanita dihadapan dan mendahulukan dgn kaki kiri.

10) Suraqah bin Malik yg diupah membunuh Nabi. Walaupun dari telekannya berdasarlan anak panah, 3x, dia tidak bernasib baik, ttp ditunggangnya kuda utk mengejar Nabi sehingga apabila hampir dgn Nabi tersadung kaki kudanya. Nabi menghampiri Suraqah yg tak jadi bunuh Nabi dgn memberi gelang Raja Kisra, Maharaja Parsi sbg janji Nabi utk memberikan kekuasaan kpdnta asal sahaja dia memeluk Islam.

Jazakallah.

Kuliah Maghrib Ustaz Shafie (Al-Qiamah) 13 Disember 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Shafie
Tarikh: 13 Disember 2012

1) Keluar ruh yg jahat dr org yg mati dlm keadaan Suul khatimah digambarkan dlm Al Quran sbg dua betis yg bertaut dan tali jantungnya disentap.

2) Nabi diutuskan utk mengajarkan dua rukun asas iaitu Iman dan Islam. Apabila seseorg menafikan rukun islam dan iman maka mereka termasuk dikalangan org yg menderhakai Allah. Balasannya ialah mati yg menyiksakan.

3) Kenapa mati dlm keadaan derita. Kerana mereka mendustakan Al Quran dan tidak solat.

4) Kisah Nabi duduk dikelilingi para sahabat, muncul seorg lelaki berjubah putih dan rambut hitam dan tidak kelihatan dia drg dr jauh. Bersih. dan duduk dihadapan Rasulullah dan lututnya bertemu lutut Rasulullah. Lantas bertanya,"wahai Muhammad apakah itu Islam?". Nabi menjawab kesemua lima rukun Islam, kalimah syahadah, tunaikam solat, bayar zakat, tunaikan puasa di bulan Ramadhan, dan kerjakan haji sekiranya mampu sekali seumur hidup. Dia menjawab, "kamu benar, maka terangkanlah pula rukun iman.". Nabi menjawab rukun ima yg enam. Percaya kpd Allah, malaikat, rasul, kitab, qada' dan qadar dan balasan baik buruk di hari qiamat. Jika umatku meninggalkan salah satu dr rukun iman ini, maka nyawanya akan keluar dalam keadaan yg menyakitkan. Dia menjawab, "kamu benar!".

5) "tetapi ia mendustakan (Rasul) dam berpaling (dari kebenaran), Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar!" Al Qiamah ayat 32.

6) Allah juga mengetahui bahasa tubuh yg juga menggambarkan org yg tak suka pada al quran.
"kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong)." Al Qiamah ayat 33

7) Api yg membakar di hari akhirat adalah sangat panas.
"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana."
Surah mursalat ayat 32.

8) Alam akhirat bukan tempat utk kita beramal. Hanya tenpat manusia menerima balasan. Jika banyak dosa, maka masuk neraka. Jika banyak yg Allah redha, akan masuk syurga.

Kuliah Maghrib Ustaz Shafie (Tafsir Surah Al-Qiamah) 20 Disember 2012

Kuliah tafsir Ustaz Shafie di Surau Bandar Damansara Kuantan:
Tarikh: 20 Disember 2012

1) Surah As Syams ayat 8-9:
" Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawa Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), nya kepada bertaqwa. "

2) Kita melalui beberapa peringkat kehidupan: Alam sulbi, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

3) Malaikat yg mencabut nyawa orang2 yg melakukan maksiat adalah malaikat azab yg akan menarik nyawa dalam keaaan bengis. Bagi yg beriman, malaikat yg dtg ialah malaikat rahmat yg datang dgn lembut.

4) Api neraka, bunganya sahaja sebesar bangunan istana. Tanda azab Allah yg sangat dahsyat dan bukan sebarangan api.

5) Manusia diciptakan Allah dr air mani yg dipancutkan diproses membentuk darah, daging, tulang dan tulang membaluti daging, membentuk organ2 manusia. Bila lahir ditentukan Allah lelaki ataupun perempuan.

6) Kita terikat oleh urus tadbir Allah. Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk suhuf melalui nabi2nya. Bermula Nabi Adam, Idris, Nuh sehinggalah Muhammad. Suhuf dinamakan Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

7) Orang ye membersihkan jiwanya, maka dia beruntung. Bila di alam barzakh, mukanya berseri2 kerana di atas muka bumi dia melakulan amalan soleh, bertaqwa, melakukan sedayanya apa yg diperintahkan dan meninggalkan apa yg dilarang (bersifat lauwamah) dan ikhlas beramal. Mereka apabila dimasukkan ke syurga akan diberikan air salsalbila. Air yg terbaik yg Allah sediakan di syurga. Rumahnya yg terbaik yg dibuat dr batu permata. Air sungai diluar rumahnya adalah air yg memancut sbg hiasan di syurga. Kenderaannya adalah burok' iaitu kenderaan yg laju seperti cahaya lampu. Diberikan layanan istimewa sbg balasan atas susah payahnya di atas dunia.

8) Tafsir Al Qiamah ayat 36-40:
"Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja? Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan? Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan. Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?"

Jazakallah

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin (Tafsir Surah Yassin) 22 Disember 2012

Tafsir Surah Yassin Ustaz Mahyuddin di Surau Bandar Damansara Kuantan:T
Tarikh: 22 Disember 2012

Tafsir surah Yassin:
1) Ayat 38: Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui)

- Wassyamsu - Penggunaan Wau di hadapan Assyamsu: Merujuk kpd matahari.
- Tajri: asal "jaara": berjalan.Feel Mudori' iaitu berjalan di tempatnya. bergerak dan beredar:
- Mustaqirun: menetap. Di tempat yg telah ditetapkan. Berbeza dgn "Sakana, Askunu.." iaitu "tinggal di sesuatu tempat, tetapi tidak semestinya kekal disitu".Matahari beredar mengikut peredaran dan tempatnya secara tetap.
- Taqdir: ketetapan.
- Al Aziz Al Alim: Maha perkasa dan Maha Mengetahui. Nama Allah yg khusus. Pengguna nama "Abdul" di hadapab Aziz dan Alim..adalah "hamba kpd Allah yang..". Istilah "Oii Aziz!,Oii Rahman..!" tak betul. sebab kita panggil dgn panggilan yg tak sopan pada nama yg disandarkan kepada Allah yg mulia.

2) 39: Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

- Manazil: tempat2 yg sepatutnya dia berada. Seperti satu lorong kepada satu lorong, tempat kepada tempat. kembali menjadi bentuknya pada setiap tempat.
- Urjunil Qadim: Bentuk tandan yang tua. Seperti berbentuk bulan sabit. 13/14/15.. jadi bulat penuh, purnama. 28/29/30.. semakin kecil..1/2..anak bulan. Dalam kalender Islam. Hari tengok pada bulan. Kalau jam, tengok pada matahari.

3) 40: (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

- La: "Tidak!" iaitu Tidak mungkin matahari kejar bulan. Dan tidak juga bulan mendahului matahari.
- Daraka: menjejaki.
- Sabiqu: berkejar2an. seperti berlari.mengejar dan mendahului.
- Falak: paksi, orbit yang telah ditetapkan.
- Sabaha: beredar.

Khutbah Jumaat 28 Disember 2012

Khatib: Ustaz Rahmath
1) Tahun Baru Masihi 2013 yg bakal dipenuhi cabaran, mudah2an di sambut dgn tawadu' di atas nikmatNya.

2) Az-Dzaariyat ayat 50: (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

3) Bermuhasabah diri adalah amalan para anbiya'. Per yg penting ialah menilai diri sendiri dan memperelok dan mendidik diri agar meninggalkan kejahatan yg pernah dilakukan agar tidak menjadi penghalang utk mendpt keredhaan Allah.

4) Ibnu Qayyim: membezakan apa yg diperolehi dgn apa yg ditanggungnya. Seolah2 musafir yg tidak akan kembali buat selama2nya.

5) Hadith Nabi: "Orang yg cerdik adalah orang yg menghitung dirinya sementara masih hidup utk hari kemudian".

6) As Syed Ahmad: Burkhan al Mujayyat. "Dari perasaan takut akan timbul muhasabah, dr muhasabah akan timbul muqarrabah iaitu hampir dgn Allah"

7) Marilah mulai tahun baru ini dgn menghisab dan bermuhasabah diri iaitu setahun yg lalu sebelum ini atau tahun2 sebelumnya, adakah kita sudah menyelesaikan tugas kita sbg khalifah Allah. Adakah cukup amalan soleh kita.

8) Prinsip asas: berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Amalan nasihat menasihati, berkata benar, mengikut syarak pd cara dan tindakan, urusan seharian suci dr kecelaruan dan keburukan tgkhlaku dan perbuatan. Sampaikan sesuatu yg baik dgn penuh kebenaran yg menuntut kita bersikap yakin dan berani pd perkara yg hak. Berkata benar walaupun pahit.

9) Jana semangat Islam dgn mata hati dan bukan dgn mata kasar. Mulai semangat tahun baru dgn jiwa yg tawadu'.

10) Hisab di hari Akhirat menjadi ringan dengan kita bermuhasabah, merenung, menghitung dan membaiki diri.

Tuesday, 15 January 2013

Ceramah Maulidur Rasul 1434 H


Program: Ceramah Maulidur Rasul SAW
Penceramah: Ustaz Hamdan Yusi 
Tarikh : 27 Januari 2013, Hari Ahad (malam Isnin)
Semua dijemput hadir. Screen putih akan disediakan di ruang muslimat.

Sunday, 13 January 2013

Masjid Negara

Masjid Negara terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.


Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk. Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.


Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.


Rujukan : wikipedia




Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...