Sunday, 29 January 2017

Kuliah Tafsir Al Baqarah ayat 151 Ustaz Mahyuddin

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin




1) Apabila menterjemahkan sesuatu janganlah meletakkan akal terlebih dahulu berbanding terjemahan ulama' terdahulu. kerana mereka mengikut peraturan2 terdahulu dalam menterjemahkan sesuatu ilmu. Seperti SOP, prosedur2 dan tatacara2. Sama spt Rasul Melayu. Tidak merujuk kpd ilmu2 terdahulu.

2) Ayat 151, Surah Al Baqarah:

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

3) _Nikmat pertama_ iaitu diutuskan seorang Rasul yg kamu kenali yg dikenali bukan sahaja oleh seorang bangsa tetapi seluruh alam (jin2, dan haiwan2). Nikmat berkiblatkan Kaabah, samalah spt nikmat diutuskan Rasul dr kalangan bangsa kamu (orang Arab sendiri).

4) Spt tanda2 dan penunjuk jalan utk pergi ke sesuatu tempat. Dan traffic light. Kita mengikut peraturan2 utk menuju ke sesuatu tempat. Begitulah jua Nabi yg menjadi petunjuk jalan.

5) Manusia berpecah kerana mereka mengkufuri nikmat. Nabi tunjukkan panduan tetapi kita memilih mengikut logik akal.

6) Khutbah Jumaat keluaran Jabatan Mufti kini menceritakan ttg politik Islam sbg satu dr cabang2 ilmu yg wajib dipelajari oleh umat Islam. Bahkan ada ilmu Sains Politik yg dipelopori barat utk memisahkan politik dr Islam. Sedangkan Sains ini satu ilmu yg berkaitan ttg teori2 berdasarkan pemerhatian dan logik mengikut akal manusia (mantik). Tetapi dipisahkan dengan dalil2 Al Quran. Yang diajarkan dr teori2 Yahudi dan Nasrani. Sedang Islam lengkap dengan dalil2 agama dan mengembangkan kembali siasah Syariah. Suatu sistem utk mengenali politik Islam itu sendiri berdasarkan dalil2. Kenapa manusia perlu beragama dan memerintah dengan cara yg ditunjukkan oleh Nabi.

7) Sahifah Madinah, diambil barat (Amerika) tetapi dipisahkan dengan agama dan hanya menggunakan akal. Apabila ada sekelompok manusia yg membawa dan mengajarkan politik Islam, ada tanggapan2 awal yg mempersoalkan kenapa berpolitik. Sedangkan ilmu politik Islam itu perlu dipelajari secara formal di masjid. Ada sesetengah menolak Praya sdgkan Politik itu sebahagian dr agama dan Praya sebahagian dr politik. Bahkan ia adalah tuntutan agama pd memilih kepimpinan negara. Utk memilih pemimpin yg punya ciri2 iaitu Muslim yang menyerah diri sepenuhnya kpd Allah, memahami agama dan tidak menggunakan logik akal, menggalakkan kpd menyeru ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

8) Kecualilah kalau kita tinggal di Amerika, London yg punya pemerintahan bukan Islam. Tiada peluang utk nak melaksanakan sepenuhnya tuntutan2 Islam dlm pemerintahan.

9) _Nikmat kedua_, ialah nikmat membacakan ayat2 Kami (Allah) kpd org2 sekitar shggalah sampai kpd kita pd hari ini. Tujuan membersihkan amalan syirik dan maksiat. Tidak cukup sekadar membicarakan ttg politik andai tiada ayat2 Al Quran yang diangkat utk memisahkan unsur2 syirik dan kemaksiatan. Dalam kerangka Islam. Al Quran ialah dustur iaitu perlembagaan yg tertinggi. Bukan Al Quran di bawah perlembagaan. Seperti sekadar agama rasmi ialah agama Islam. Bahkan apa yg diajarkan dlm Al Quran itulah yg perlu dilaksanakan dan diletakkan di atas.

10) Mengambil istinbat berdasarkan hadith2 terdahulu spt Hadith Hassan. Kerana Hadith itu dr pemerhatian sahabat2 terhadap segala perbuatan Nabi.

Jazakallah.

Thursday, 12 January 2017

Laporan status pembangunan KAFA sehingga 12 Jan 2017

Laporan status pembangunan KAFA sehingga hari ini adalah seperti berikut.

A) 22 Dis 2016 - 3 Jan 2017.

a) Memasang frame ceiling dan memasang ceiling. Semua Blok 1, 2 dan 3 siap dipasang.

b) Menanam 6’ underground PVC piping di bahagian dalam kaki lima (antara Blok 1/2/3).

c) Meratakan tanah di antara Blok 1/2/3 dengan menggunakan JCB.

d) Plaster dinding di bahagian conduit pendawaian.

e) Mengecat dinding luar dan dalam (undercoat) bersama penduduk BDK (secara bergotong royong). 2 Bilik Kelas siap 2 layer. 4 kelas siap 1 layer. Bilik Guru 30% siap 2 layer. Depan bilik air siap 1 layer. Kerja2 mengecat akan disambung pada setiap hari Sabtu dan Ahad (07-08/01 dan 14-15/01)

f) Memasang tile tandas dan dan plaster dinding enam buah tandas. Sedang dibuat.

g) Memasang kelengkapan tandas (Lima set tandas cangkung dan satu set tandas duduk (untuk tandas guru).

h) Membuat bin 3 kaki untuk platform tangki air di sebelah luar tandas.

i) Memasang tangki air, pump air dan piping ke tandas.

j) Membuat sistem pembentungan tandas (sump pit dan sewage) di keliling Blok 2/3 dan membuat saluran sehingga ke JPP di hadapan masjid.

B) 04 hb Jan – 06 hb Jan 2017

a) Memasang peralatan elektrik (kipas, lampu LED dll) di semua bilik kelas, bilik guru, tandas dan kaki lima.

b) Memasang cermin Nako dan pintu-pintu kelas, bilik guru dan tandas. Mengubah suai kedudukan engsel dan pintu Bilik Guru menghala ke dalam.

c) Membuat saluran underground piping ke Sump Pit/longkang besar rumah Hamizan.

d) Meratakan semula tanah+gravel di antara Blok 1/2/3 dengan menggunakan JCB utk tujuan menyimen dengan Ready Mix Concrete.

C) 07 hb Jan – 08 hb Jan 2017
a) Memasang peralatan elektrik (kipas, lampu LED dll) di semua bilik kelas, bilik guru, tandas dan kaki lima.

b) Mengecat dinding luar dan dalam (undercoat dan 2nd layer) bersama penduduk BDK (secara bergotong royong).

D) Sasaran kerja pd 09 hb Jan – 15 hb Jan 2017

a) Simen kaki lima keliling Blok 1/2/3 bahagian luar dan dalam - sedang dibuat.

b) Memasang frame Ceiling dan memasang Ceiling di kaki lima - sedang dibuat.

c) Mengecat kayu peleh

d) Memasang kayu peleh dan bracket di sekeling Blok 1/2/3 bahagian dalam.

e) Memasang Gutter di sekeling Blok 1/2/3 bahagian dalam.

f) Melapik lantai tengah dengan BRC dan plastik dan menyimen lantai tengah dengan Ready Mix Concrete.

g) Mengecat dinding luar dan dalam (undercoat dan 2nd layer) bersama penduduk BDK (secara bergotong royong) pd 14-15hb Jan 2017.

Jazakallah.
















Saturday, 7 January 2017

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin (Tafsir Al Baqarah ayat 148)

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin

1) Hendaklah kita memastikan seisi rumah kita mentaati Allah.

2) Halangan2 kadang2 berpunca dr sumber2 rezeki yg syubhah yg boleh menyebabkan siksaan2 dr Allah.

3) Wahai org2 yg beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kami dr Neraka Allah.

4) Al Baqarah 148.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

5) Fastabiqu bermaksud berlumba2 spt musabaqah iaitu pertandingan tetapi berlumba dengan siapa? Sebenarnya berlumba dengan diri kita. 4 per kita berlumba dengan diri kita:

i) Nafsu kita - nafsu kita ada yg ammarah yg mengajak kpd keburukan. Mematikan nafsu ammarah dan menghidupkan akidah dlm diri kita dengan bersungguh2 mentauhidkan Allah yg maha esa. Mendapatkan akidah hendaklah dengan ilmu. Barulah timbul yakin kpd iman kita. Pagi dan petang kita berserah diri kpd Allah. Pendidikan ptg utk dapatkan ilmu agar betul2 yakin dgn Allah. Surah Al Ikhlas, "Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa". Allah itu tunggal dan mengisbatkan (menafikan) dgn yg lain.

Berlumba2 dengan tambah iman sehinggalah keburukan dr nafsu jatuh dengan sendirinya. Tambah kebaikan dlm diri sendiri.

Apabila kiblat dipindahkan dr Masjidil Aqsa ke Baitullahil haram, timbul rasa keseronokan. Seperti kita yg dr tempat lain kembali ke tempat asal. Perasaan kita seronok bila balik ke kg pedalaman kita.

Kita diajarkan membaca doa, "Allah hummah tim lana bi husnil khotimah wala tahtim 'alaina bi suu il khotimah" kerana kita nak balik dlm keadaan yg baik.

ii)

6) Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian.

7) Setiap pemeluk agama ada kiblatnya tersendiri. Dalam agama2 lain, jgn kita samakan persamaan2 tuntutan agama lain spt dlm bab bersosial dengan persamaan pd bab akidah iaitu menyembah Tuhan. Yg memisahkan ialah Akidah. Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku.

8) Membaca dituntut. Allah memerintahkan Nabi membaca dengan nama Tuhan kamu. Bermaksud kena merujuk kpd org yg pakar dlm Al Quran utk memahami apa yg dibaca. Seperti pd bab Faraidh. Kalau x faham, kena tanya balik.

9) Apa sahaja yg kita suka dan kita buat, maka tujuan dan objektif kita hendaklah mendapatkan keredhaan dr Allah. Kalau bukan, maka berhenti di situ. Spt nak dpt redha manusia, maka bukanlah dikatakan berlumba2 utk mencapai redha Allah.

10) Kalau ke India atau China, dengan memakai kupiah pun dah prejudis. Periksa andai kita org Islam. Check visa kita andai pernah ke Pakistan, ada generasi keluarga keturunan Pakistan dll. Kerana musuh utama India ialah Pakistan.

11) Khilafah Allah sbg matlamat kita. Gunakan pen dan duit utk meninggikan Khilafah Allah atas muka bumi. Spt sumbangan derma dsbgnya. Berkaitan dengan Khilafah Allah. Andai kita tiada usaha ke arahnya kena check diri kita semula. Walaupun sumbangan 10 sen sahaja. Saling memberi kekuatan utk menegakkan Khilafah Allah.

Jazakallah.

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...