Program Forum Perdana pd hari Jumaat yang lepas, 25/1/2019 bertajuk "Cabaran Ibu Bapa Alaf Baru"
bersama Ustazah Datuk Dr Nurhafizah Musa dan Ustazah Muzayyanah di Masjid Assyakirin BDK.. bersama moderator yg didatangkan khas dari Pahang Skills Ustaz Mohamad Afizan Ghazali.
Pengisian yg sangat bermanfaat namun battery pula lemah utk mencatatkan ilmu2 pada pusingan yg kedua..
Terima kasih kepada para asatizah yg mencurahkan ilmu di bumi Damansara ini. Terima kasih juga buat semua para penyumbang sekelian. Kutipan terkumpul pada malam program sebanyak RM2,629
Jazakallah.
Pusingan Pertama
A) Ustazah Muzayyanah
1) Bila memandang anak2 bukan hanya sekadar sebagai anugerah tetapi juga amanah.
2) Bukan sekadar alaf baru, tapi sehingga mati. Kalau kita rasa sibuk, Nabi Muhammad lagi sibuk memikirkan masalah ummah. Kita sekadar stress sebab x jumpa stokin sebelah, tp Nabi sibuk memikirkan ummah.
3) Semua diberikan masa 24 jam utk uruskan diri dan keluarga. Nabi boleh mendirikan solat 50 waktu sebelum kurang kpd 5 waktu dlm sehari.
4) Tajuk keibubapaan sentiasa dibincangkan dan tidak habis2. Ketika anak2 kecil ajarkan mereka menjadi 'hamba'. Spt melatih utk membersihkan rumah dan membantu kerja2 di rumah. Agar anak2 kenal siapa mereka disisi Allah. Sebagai hamba. Dan disisi ibu ayah.
5) Balligu Anni Walau Aayah. Sampaikan walaupun satu ayat. Kena sampaikan dan cakap kpd anak2 sbg satu proses mendidik anak2. Kalau x bercakap, jadilah kes hantar anak ke hospital kerana sakit perut walhal anak mengandung. Tak sempat nak sembang dengan anak dan x sedar perubahan perut anak.
6) Zaman dulu, ibu2 sgt taat pada suami. Anak2 takut nak mengadu pd ibu ayah kalau kena marah dan kena rotan dgn ibu sbb ada masalah di sekolah. Kerana kalau diceritakan akan bertambah lagi kemarahan. Zaman dulu, ada rotan atas almari, utk gertak agar hadir takut pd anak2. Walaupun hakikatnya x pernah sekalipun di rotan. Tetapi anak2 takut dengan gertakan ibu ayah.
7) Anak2 kena syukur kalau ibu ayah sentiasa menasihati dan berleter per yg sama. Kerana walaupun script yg sama, dan anak2 menyampah nak dengar, tp itulah suara dan nasihat yg akan dirindui saat ibu dan tiada. Tidak akan sama nasihat dan doa ibu dengan org lain. Ibu pula jgn malas nak bercakap pd anak2 sbb beralasan anak2 dah besar. Kena tegur anak2 per yg salah walaupun dah besar.
8) Tambah ilmu. Tiada noktah utk belajar ilmu. Baru kita tahu begini cara Nabi mendidik ahli keluarganya.
9) Kena peruntukkan masa dengan Allah spt dengan Off Handphone. Saat hendak beribadah. Kena ada kualiti masa pd per2 yg dilakukan. Spt mendoakan utk anak2 dengan bersungguh2, solat berjemaah dengan ahli keluarga dll.
B) Ustazah Norhafizah Musa
1) Pantun utk kaum muslimat..
"Makan fishball dengan kuah..
I love you all, muah muah muah.."
"Makan fishball dengan kuah..
I love you all, muah muah muah.."
2) Setiap orang ada hphone. Atuk pun ada, gambar profile cucu. Anak2 tahfiz pun kalau di pusat tahfiz, x dibenarkan bawa hphone.sebab x blh fokus nak menghafal. Tapi kalau balik rumah akan blh access dengan gadget.
3) Hphone ada kebaikannya. Senang dapat pengetahuan kerana semuanya ada di hujung jari. Ibu muda sekarang senang. Kalau betul2 tekun tuntut ilmu, ibu muda blh access pd maklumat2 utk besarkan anak2 dengan baik. Spt cara membesarkan anak2 OKU dll.
4) Kesan yg negatif juga ada dan x blh dinafikan. Kita belum nampak 20 tahun lagi bila anak2 membesarkan dengan hphone tanpa batas.
5) Surah Maryam ayat 59:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
- kalau x boleh kawal dan disiplinkan penggunaan media sosial, kesannya akan hidup dengan penuh kelalaian
6) Jangan bila dah masuk solat, masih lagi main hphone. Berjemaah main hphone ibu bapa dengan anak2. Walaupun waktu solat dah masuk.
7) Ibu kalau terlalu fokus pd hphone, akan mengabaikan anak2. Akan menghilangkan ingatan kita pd per2 lain kerana terlalu leka dengan hphone. Kadang2 tindakan yg berlaku adalah tindakan x sedar. Sampai x sedar suami dah balik.
8) Dihujung jari kita ada macam2. Kalau x blh mengemudi nafsu dengan baik, maka akan rosaklah peribadi dan akhlak anak2. Spt bentuk2 hiburan yg disukai nafsu. Janganlah mengikut hawa nafsu syahawat.
9) Bila kita dah dewasa baru kita tahu nilai didikan dan faham apa yang ibu ayah buat utk kita semasa kita kecil. Catu duit kita sekadar dpt RM20 utk belanja masa di asrama. Tak cukup hanya sekadar duit tambang ke bandar dan beli eversoft. Tp roda berputar dan kita faham bila dah jadi ibu. Tiada apa yg baik apabila mengajar anak bermewah. Boleh dapat apa shj yg diminta. Mengikut hawa nafsu. Beri anak2 hphone dan tidak mengajarkan anak ttg hidup susah dan berjimat cermat.
10) Jangan melondehkan amanah kita dengan menurut nafsu syahawat. Nafsu tidak kenal perkataan 'cukup'.
11) Implikasi kalau menurut hawa nafsu, hati akan jadi keras. 3 per yg melembutkan hati:
- minta nasihat. Terutamanya dari ibu ayah.
- minta doa ibu ayah.
- minta maaf dari ibu ayah
- minta nasihat. Terutamanya dari ibu ayah.
- minta doa ibu ayah.
- minta maaf dari ibu ayah
Kehadiran Muslimat
Ruang Kanan Masjid
Barisan AJK Program
Barisan AJK Muslimat
Bersama Ustazah Muzayyanah dan Suami, Ustaz Azmin Ali