Saturday, 20 October 2018

Jom Berkarnival!!! 30 days counting



PENGENALAN

Program Karnival Masjid Assyakirin 2018 adalah merupakan satu program anjuran Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan yang julung-julung kali diadakan. Program yang berkonsepkan Karnival ini menggabungkan bebarapa pengisian yang disusun sepanjang hari Karnival termasuk acara-acara pertandingan yang melibatkan semua peringkat umur dan jantina, gerai dan jualan, pameran dan perkhidmatan, persembahan hiburan dan kesenian Islam dan pengisian ceramah dan kuliah.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk menyambut Maulidur Rasul sebagai salah satu dari hari-hari kebesaran Islam dan mengimarahkan Masjid dengan program-program penghayatan Islam. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana penaiktarafan Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan (Fasa 2) yang dianggarkan berjumlah RM800,000. Kutipan terkumpul sejak setahun lepas adalah hampir mencecah RM 150,000. Sasaran Fasa 2 disasarkan bermula pada tahun hadapan.

MASA DAN TEMPAT


Tarikh               : 19 dan 20 November 2018
Hari                  : Isnin dan Selasa (Cuti Umum sempena Sambutan Maulidur Rasul
                          1440H)
Masa                : 5.00 petang Isnin) dan 8.30 pagi – 11.30 malam (Selasa)
Tempat            : Perkarangan Masjid Assyakirin BDK



TENTATIF


Masa
Aturcara
ISNIN (19hb Nov 2018)
5.15 ptg – 6.45 ptg
Persediaan Gerai dan Jualan
6.45 ptg – 9.00 mlm
Rehat, Solat Maghrib dan Solat Isyak
Kuliah Maghrib Perdana (I)
9.15 mlm – 11.30 mlm
Ceramah Perdana Maulidur Rasul
-        Ustaz Roslan Bin Mohamed (Panel 1)
-        Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff B Mohd Kassim (Panel 2)

SELASA (20hb Nov 2018)
6.15 pg – 7.00 pg
Kuliah Subuh Perdana (Tn Haji Abdul Zaki B Md Zin, Al Fadhil Qadhi Kuantan)
8.15 pg – 8.30 pg
-          Kehadiran tetamu dan dif-dif jemputan
-          Pendaftaran Acara2 ‘Walk-In’
8.30 pg – 9.30 pg
-    Majlis Perasmian Karnival Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan
8.45 pg – 1.00 tgh
Acara dan Pertandingan
A.    KAFA – Bercerita Kisah-kisah Al-Quran, Azan, Pidato Cinta Rasul, dan Indoor Game (gusti lengan, menganyam ketupat,  gubahan buah, musang berjanggut, ping pong)
B.    MASJID (Ruang Solat Utama) – Tilawah Al-Quran, Hafazan
C.    MASJID (Ruang Kiri Masjid) – Mewarna kanak-kanak
D.  PENTAS UTAMA – Pertandingan Nasyid antara Tadika dan Pra Sekolah jemputan, Pertandingan Nasyid dan Qasidah Burdah oleh Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz jemputan

Persembahan di PENTAS UTAMA
-         Promosi Produk2 oleh Penaja Utama Gerai/Pameran
-  Persembahan Choral Speaking oleh Pelajar-pelajar Sekolah jemputan
-        Ceramah2 dari Peserta-peserta Pameran
1.00 tgh – 2.00 ptg
Solat Zuhur, Makan Tghari dan Rehat
2.15 ptg – 4.00 ptg
MASJID (Ruang Solat Muslimat)
-        Program Bicara Kesihatan Wanita (Prof Madya Dr Zalina Nusee) di Ruang Solat Utama 
4.00 ptg – 5.00 ptg
Solat Asar dan Rehat
5.15 ptg – 6.45 ptg
Pertandingan Memanah dan Sukan Rakyat di Perkarangan KAFA Assyakirin BDK
6.45 ptg – 9.00 mlm
Rehat, Solat Maghrib dan Solat Isyak
Kuliah Maghrib Perdana (II)
9.15 mlm – 11.30 mlm
Persembahan Nasyid (Artis Jemputan UNIC bergandingan dengan Ustaz Khairul Musa, Mudir Ribath Madrasah Syeikh Abdul Malik - MASIK) di PENTAS UTAMA
Cabutan Bertuah dan Penutup

PAKEJ-PAKEJ GERAI JUALAN / PAMERAN

PAKEJ NILAM
1.     Penajaan berupa wang/barangan bernilai RM 500 ke atas.
2.     Nama Syarikat Penaja akan dicetak di dalam risalah Karnival seluas 1 muka iklan, di Backdrop Pentas Utama dan di Banner Karnival.
3.     Slot setengah jam di atas Pentas Utama untuk mempromosikan produk.
4.     Khemah Pameran/Gerai & Jualan percuma berukuran 20’x10’ untuk 1 hari 2 malam
5.     Penaja tertinggi dalam senarai Pakej Nilam akan diiktiraf sebagai Penaja Utama dan Khemah Pameran/Gerai & Jualan percuma berukuran 20’x20’ (bersebelahan Pentas Utama).
6.    Menerima Sijil Penghargaan.
PAKEJ DELIMA
1.     Pembayaran RM 250 untuk 1 hari 2 malam.
2.     Nama Syarikat Penaja akan dicetak di dalam risalah Karnival seluas separuh muka iklan dan di Backdrop Pentas Utama.
3.     Slot 15 minit di atas Pentas Utama untuk mempromosikan produk.
4.    Khemah Pameran/ Gerai & Jualan berukuran 20’x10’.
PAKEJ INTAN
1.     Pembayaran RM 150 untuk 1 hari 2 malam.
2.     Nama Syarikat Penaja akan dicetak di dalam risalah Karnival seluas suku muka iklan dan di Banner Karnival.
3.    Khemah Pameran/ Gerai & Jualan berukuran 20’x10’.
JUALAN TAPAK PAMERAN DAN GERAI JUALAN

A)    Pameran
No
Keluasan Ruang Pameran
Kadar bayaran dikenakan
1
5’ x 10’
RM30
2
10’ x 10’
RM50

B)    Gerai dan Jualan
No
Keluasan Tapak Gerai / Jenis
Kadar bayaran dikenakan
1
20’ x 10’ / Berkanopi dilengkapi kipas, 2 meja dan 4 kerusi dan sumber elektrik
RM100
2
10’ x 10’ / Tapak Gerai dan sumber elektrik (di sepanjang jalan)
RM50
3
Tapak Car Boot Sales
RM30

Syarat-syarat:

1.     Semua rundingan tertakluk kepada pakej yang ditawarkan
2.     Bayaran boleh dibuat melalui Tunai atau ‘Bank In’ ke atas Akaun Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan (Bank Islam MB: 06082010008540)
3.     Jawapan hendaklah diberikan sebelum atau pada 10 Nov 2018. Sebarang kelewatan hendaklah dimaklumkan dan akan dipertimbangkan
4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi:        
       Tajaan/Pameran            - Noraziah Ali (011-10620510)
Gerai dan Jualan           - Abdul Jalil B Natak (012-9815571)













1 comment:

  1. Salam.. blh sy dapatkn no hp PIC utk prtndingn tilawah dan hafazan.. trm ksh..

    ReplyDelete

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...