Alhamdulillah, sedikit perkongsian Ceramah Perdana Ustaz Ahmad Dusuki semalam untuk perkongsian bersama. Terima kasih bagi pihak Jaw Masjid untuk semua yang hadir dan memberikan sumbangan.
1) Fastabiqul Khairat - kena cepat2 buat per baik. Sesiapa yg cepat2 ambil kesempatan dia akan berjaya. Cth, Lim Goh Tong berjaya ambil kesempatan (walaupun di dunia) buka Genting Highland.
2) Wasariu, fastabiqul, fas'au..dalam Quran suruh kita bersegera. Dalam hadith.. Baajiru bil a'mal.. iaitu cepat2 dalam beramal.
3) Bila kita menjadi seorang mukmin, kena 'cepat2'. Seperti rebutlah 5 masa sebelum sampai 5 masa. Iaitu:
i) masa muda sebelum sampai masa tua (umur umatku antara 60-70 tahun. Atas 70 tahun jadi tua bangka). Waktu muda kena ambil peluang iaitu tolong agama Allah. Jadilah Pemuda yg taat, yg sentiasa mengingati dan berzikir kpd Allah. Andai ketika usia muda, pergi ke masjid 5 waktu sehari semalam, akan dipelihara oleh Allah.
ii) masa sihat sebelum sakit. Jangan kita ingat akan sihat sepanjang masa. Kita akan sampai juga akhirnya tua. Tua itulah penyakit. Masa sihat, kita kena jaga agama.
iii) waktu kaya sebelum jatuh miskin. Org kaya jgn ingat kaya sampai bila2. Sampai satu saat nanti kita akan miskin. Tiada nilai kekayaan dan harta disekeliling kita. Allah akan gilirkan masa kita. Bila kita kaya jangan sekadar fikir utk diri sendiri dan keluarga, sekadar jaga kenderaan dan rumah kita. Tapi x jaga agama.
iv) waktu lapang sebelum sampai waktu sibuk. Waktu kita hidup, berapa byk masa kita beribadah dengan masa kita depan TV. Menghabiskan masa sampai x blh baca Al Quran. Ramai dikalanhan kita yg x pandai baca Al Quran bahkan ramai yg tak betul baca Al Fatihah. Tapi kita x ambil peluang utk perbaiki bacaan kita. X ambil ruang yg Allah beri utk baiki diri.
v) waktu hidup sebelum mati. Hidup itu pahala. Bila dah mati, habislah peluang kita nak dapat pahala. Kalau seandainya ada yg terpaksa hidup dengan bantuan pernafasan, demgan tabung O2, sokong dia dengan segala bentuk bantuan shggalah x blh dibantu lagi. Maka itulah saat ajalnya. Dengan meng'hidup'kannya kita beroleh peluang utk mendapat hidayah Allah. Hidayah berbeza dengan Taufik. Taufik adalah petunjuk. Hidayah adalah anugerah Allah untuk kita dipilih mengikut petunjuk itu.
4) Kalau kita rasa bangun tahajjud itu penting, kenapa kita x bangun. Kenapa tiada usaha utk bangun.
5) Ada yg datang dari jauh utk dengar ceramah. Dan ada jua yg walaupun dekat dengan tempat ceramah tp x datang. Kerana apa. Kerana Hidayah.
6) Abu Talib bapa saudara Rasulullah. Dekat dengan Rasul. Dalam hidupnya, dialah yg membesarkan Rasulullah. Dia yang membawa pinangan Rasulullah. Tp x dpt hidayah kerana hidayah itu milik Allah. Innakala tahdi man ahbabta walakinnallaha yahdi maiyasya'.
7) Kalau x pandai baca Quran, kena berusaha utk belajar Al Quran. Kena menangis kerana menyesal x pandai baca Al Quran. Masjid blh buat prgm senaraikan yg boleh baca dan yg x blh baca utk belajar dan mengajarkan Al Quran. Quran per yg asas.
8) Selepas boleh dan pandai baca Quran kena belajar hadith. Dah pandai hadith, kena belajar ijma' ulama'. Ulama' adalah pewaris Nabi. Jangan dihina dan dicerca Ulama' spt mengatakan Ulama' pun x maksum. Ya memang kita semua x maksum, tp ulama' mengikut apa yg diajarkan oleh Nabi. Kena belajar dengan Ulama'. Dan sumber hukum yg ke empat ialah qias. Ada yg menolak keempat2 sumber itu.
9) Jangan lambat utk beramal. Jangan bertangguh. Kena cepat bertaubat dan minta ampun kpd Allah. Andai kita dimatikan oleh Allah sebelum sempat bertaubat, rugilah kita. Kerana x ambil peluang ketika hidup.
10) Di Palu, penduduknya mengutamakan adat melebihi ibadah. Merek hidupkan upacara tolak bala utk beri makan kpd pantai. Festival Nomoni. Tahun 2016, buat upacara kecil2an dan ditegur ulamak. Iaitu pergi ke pantai, ambil ayam, ambil kambing dan ambil lembu dan rodok binatang2 itu dan campak dlm pantai.