Friday, 8 December 2017

PROGRAM CERAMAH PERDANA PU NOR HAMIZI JAMALUDDIN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

PROGRAM CERAMAH PERDANA PU NOR HAMIZI JAMALUDDIN ANJURAN MASJID ASSYAKIRIN BANDAR DAMANSARA KUANTAN

Alhamdulillah,pada 6 November 2017 (Rabu) yang lepas, sekali lagi Masjid Assyakirin Bandar Damansara Kuantan berjaya menganjurkan program Ceramah Perdana bersempena sambutan Maulidur Rasul 1439H pada tahun ini. Majlis ini juga bertujuan untuk merancakkan usaha mengumpul dana bagi penaiktarafan Masjid Assyakirin BDK dengan sasaran dana sehingga Fasa ke 3 sebanyak RM500,000. Meja jualan lot beserta resit juga dibuka pada malam tersebut.


Majlis bermula sebaik selepas solat Maghrib dengan alunan nasyid dan selawat oleh anak-anak Pelajar Pusat Tahfiz Ribath Nakhoda Abdullah (RNA) yang diketuai oleh Ustaz Sufian B Musa. Majlis diteruskan oleh ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, saudara Suhaizat B Salleh. Seterusnya PU Mizi menyampaikan ceramahnya yang berkisar kepada keperibadian dan sirah Rasulullah saw sempena memperingati tarikh kelahiran Baginda saw sehingga pukul 9.30 malam. Majlis diteruskan dengan sumbangan saguhati dari pihak masjid yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis, Haji Nordin Bin Haion.

Majlis berakhir dengan solat Isyak berjemaah bersama dan disusuli jamuan ringan bersama barisan AJK Program dan AJK Masjid di Bilik Mesyuarat KAFA dan sesi bergambar bersama PU Mizi.


Pihak AJK Masjid mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan bersama-sama menyumbang kepada Dana Penaiktarafan Masjid. Kutipan terkumpul pada malam tersebut mencecah RM1000. Alhamdulillah.







Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan Rela yang berkhidmat menjaga parking dan lalu lintas.

Berikut dikongsikan sedikit catatan dari pengisian Ustaz Norhamizi. 

1) Sirah Nabi saw. Sahabat2 sgt mencintai Nabi. Kisah Saidina Umar, salah seorang shbt Nabi yg paling kanan, pakar sastera, sgt berani. Bapa Mertua kepada Rasulullah yg mengahwini Habsah anak Saidina Umar. Satu hari Saidina Umar ingin membuat pengisytiharan, memegang tangan Rasulullah dan berkata, "Ya Rasulallah, Engkaulah yg paling aku sayangi". Rasulullah berkata, "Belum lagi wahai Saidina Umar, shggalah Aku menjadi orang yg paling kau kasihi dalam hidupmu berbanding diri kamu sendiri."
2) Kisah Perang Uhud, selepas tentera kafir seramai 1000 orang kalah dengan tentera Islam yg seramai 313 orang dalam Perang Badar, orang2 Kafir ingin membalas dendam dan mengumpulkan 3000 bala tentera, 200 tentera berkuda, dan menghala ke Madinah. Matlamat adalah utk bunuh Rasulullah dan ingin menawan kota Madinah. Rasulullah mencadangkan agar bertahan di dalam kota Madinah, tetapi ada sahabat yg mencadangkan agar menyekat mereka sblm mara ke kota Madinah di Bukit Uhud. Bergerak tentera Islam seramai 1000 orang. Tiba2 ada kelompok yg tidak dikenali. Rasulullah bertanya siapa, shbt berkata mereka ialah pengikut Abdullah Bin Ubai, bapa munafik. Rasulullah menyedari bahaya kehadiran mereka dan memberi dua tawaran samada masuk Islam atau keluar dari menyertai peperangan.
3) Rasulullah menempatkan 50 pemanah di atas bukit di antara Bukit Uhud dan Bukit Ainain. tugas memanah tentera2 berkuda dan yg berjalan kaki dr kafir Quraisy. Pusingan pertama pasukan tentera Islam menang. Pasukan tentera berkuda Quraisy tak mampu masuk menyeberangi bukit Uhud.
4) Kemudian tentera2 pemanah Islam turun mendapatkan harta ghanimah bila menyedari tentera Kafir berundur. Tetapi tentera Kafir kembali menyerang menyebabkan 40 orang terbunuh dan mati syahid. Rasulullah sendiri jatuh dan ada riwayat menyatakan pipinya dipanah sehingga patah gigi Rasulullah.
5) Kekuatan cinta kasih kpd Nabi saw, dr kalangan shbt, sanggup mempertahankan batang tubuh Nabi dari dicederakan. Menjadi benteng kpd Nabi.
6) Pengalaman Ustaz di Kem 136 di Pekan, hidup selama sebulan di bawah akta ketahanan hidup. Ada komander Amerika dihantar utk melatih pasukan2 elit dr negara2 lain. Walaupun badan gagah, lengan besar tp jiwa x kuat. Kerap minum air berbanding komander Malaysia. Sampai check point terakhir cari air, kerana bekal air habis. Tapi Komander Malaysia tak boleh xde rokok.
7) Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengikut mazhab Syafie, menyambut Maulidur Rasul dengan berceramah, berselawat adalah dibolehkan di masjid. Ada yg memfitnah amalan itu sebagai Bid'ah. Golongan2 anti selawat, spt Khawarij.
8) Golongan ASWJ melihat kpd pandangan2 dr Ulama' Hadith yg Qadim dan Jadid. Imam Nawawi adalah Ulama' Feqah dan Ulama' Hadith. Kena buat semakan semula pandangan2 yg keras. Kena melihat pandangan2 yg lain spt dari Mazhab Syafie. Tidak boleh menuduh dikatakan Wahabi dll andai x mengambil dr Mazhab2 tertentu.
9) Kena ikut Islam, dr Allah dan Rasul (Al Quran dan Hadith). Dalam bab beribadah, politik dan perundangan, bermuamalat dll.
10) Hadith Nabi,
لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
Sabda Rasulullah saw : “Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia”

Jazakallah.


No comments:

Post a Comment

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...