Saturday, 31 December 2016

Laporan Status Pembangunan KAFA (31 Disember 2016)

Salam. Berikut dikongsi kan bersama laporan status pembangunan KAFA:

1) Kerja-kerja yang telah siap sehingga 21/12/2016 adalah seperti berikut:

a) Memasang wiring oleh 15 orang petugas Pahang Skills (PSDC) dan dibantu oleh Sarjan Rozi.
b) Memasang frame ceiling dan memasang ceiling. Blok 1 siap 3 kelas. Blok 3 siap 2 kelas. Blok 2 belum siap.
c) Menanam 6’ underground PVC piping di bahagian dalam kaki lima (antara Blok 1/2/3)


2) Kerja-kerja yang telah disiapkan pada hujung minggu lepas sehingga 26/12/2016 adalah seperti berikut:

a) Meratakan tanah diantara Blok 1/2/3 dengan menggunakan JCB.
b) Menyambung kerja2 memasang frame ceiling dan ceiling di Blok 3 (1kelas) dan Blok 2 (bilik guru dan tandas).
c) Function test sistem pendawaian.
d) Plaster dinding di bahagian conduit.
e) Mengecat dinding kelas bahagian dalam, ceiling dan frame ceiling Blok 1 & 3 (undercoat) bersama penduduk BDK secara bergotong royong pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin (24-26/12/2016) pukul 8.00 pg - 12.00 tghari.

                     
                     
                       
                       


3) Kerja-kerja yang telah disiapkan sehingga minggu ini, 31/12/2016.

a)  Membuat sistem pembentungan tandas (sump pit dan sewage) di bahagian luar keliling Blok 2/3 dan membuat penyambungan underground PVC Piping sehingga ke tangki JPP (depan masjid)


   

Kerja2 yang sedang dalam pembikinan seperti berikut.

a) Memasang tile tandas dan dan plaster dinding enam buah tandas.
b) Memasang kelengkapan tandas (Lima set tandas cangkung dan satu set tandas duduk (untuk tandas guru))*
c) Membuat bin 3 kaki untuk platform tangki air.
d) Memasang tangki air, pump air dan piping ke tandas.
e) Render lantai 2 Kelas di Blok 1



 

Kerja2 yang akan dirancang pada minggu2 berikutnya adalah seperti berikut:

a) Simen kaki lima keliling Blok 1/2/3 bahagian luar dan dalam
b) Menyambung mengecat Blok 2
c) Memasang lampu dan kipas di setiap bilik kelas dan bilik guru.
d) Memasang kayu peleh dan bracket dan memasang gutter di bahagian dalam Blok 1/2/3

Jazakallah.


Kuliah Subuh Ustaz Zainal

Kuliah Subuh Ustaz Zainal


1) Bayi dlm kandungan ibu dpt O2, makanan dan keperluan yg lain, serta nikmat kasih sayang ibu shgga membesar dgn sempurna shggalah keluar dr rahim ibu dlm keadaan sempurna.

2) Nikmat susu ibu. Selepas dilahirkan. Makanan yg terbaik utk berkembang dan berfungsi anggota2 badan sepenuhnya; mata, telinga dll. Banyaknya nikmat Allah yg kita terima.

3) Nikmat air, drnya tumbuh tumbuh2an dan minuman utk ternakan2 untuk dimakan oleh manusia. Dalam air ada pelbagai hidupan. Dr laut, manusia mengambil manfaat makanan ikan dan mutiara sbg perhiasan. Dr perut bumi ada pelbagai logam2 yg boleh dimanfaatkan. Penuhnya nikmat dr Allah.
"Seandainya kamu ingat akan nikmat Allah, kamu akan menyembah Allah", tetapi ramai yg lupa.

4) Ada yg Allah Taala ambil nikmat tangan tapi boleh guna kaki utk berdikari menulis, makan dan membuat urusan2 hidup seharian. Hatta di India boleh bawa tong gas atas kepala sambil menunggang basikal.

5) Muamalat dlm Islam ada bab2 pengurusan harta seperti tijarah (jual beli), riba' (org yg beri, & makan riba'), al wakalah dll.

6) Tuntutlah ilmu, berjalan ke masjid dan beramallah. Serta berziarahlah dan berjalanlah melawat orang sakit. Sumbangan kpd Rohingya spt Flotilla for Rakhine anjuran Yayasan AMAL. Sumbangan terus ke kem pelarian Rohingya di wilayah Arakan. Pusat pengumpulan di Masjid Balok.

7) Segala yg kita lakukan utk membantu org susah akan beroleh pahala dan ganjaran.

Jazakallah

Saturday, 24 December 2016

Laporan kerja kerja Pendawaian oleh Pahang Skills

Laporan terkini status pembangunan Bangunan Baru KAFA Assyakirin Bandar Damansara Kuantan.

1) Kerja2 pemasangan wiring:
- bermula pd 13hb Dis - 17 Disember 2016
- dijayakan oleh petugas2 Pahang Skills (PSDC) seramai 15 orang.
- Sumbangan penyediaan makanan dan minuman sebanyak RM1185
- Pembelian meter dan cable (dr kotak meter ke DB Board) sebanyak RM517.95.
- Lain2 kos utk Wiring disumbang sepenuhnya oleh Pahang Skills (CSR).
- Pendawaian yg telah dipasang seperti berikut:
a) Lampu panjang 27 point
b) Lampu pendek 6 point
c) Kipas siling 14 point
d) Aircond 2 point
e) Lampu spot light 2 point
f) Soket alir keluar 14 point
g) DB board
h) Kotak meter












- InsyaAllah majlis penyerahan akan dibuat oleh CEO Pahang Skills pd hari Rabu depan 28hb.

Jazakallah.

Kuliah Subuh Ustaz Mahyuddin


1) Seluruh nabi2 dan rasul2 ialah Muslim iaitu mereka yg menyerah diri, tunduk patuh pd perintah Allah SWT.

2) Tauhid - Beriman iaitu mentauhidkan dan mengesakan Allah. Tidak mensyirikkan Allah. Yang nampak ialah syirik2 yg jelas, spt menyembah berhala, dan makhluk. Syirik2 yg tersembunyi ialah memindahkan keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah kpd selain dr Nya. Spt menolak kebenaran yg dtg dr Allah dlm ayat2 Al Quran. Penting utk hindarkan dgn meletakkan kesungguhan tauhid kita kpd Allah & yakin pd hadith2 Rasul. Hadith Jibrail menceritakan ttg Iman, Islam dan Ihsan.

3) Untuk mentakwil dan mentafsirkan ayat2 Al Quran perlu ada tools dia. Susunan pd kefaqehan dahulu barulah mentakwil.

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil

4) Untuk memahami surah al Ikhlas maka kena diterjemahkan dahulu, dgn mengambil tafsir pd kaedah2 lughawi (Tafsir Al Lughawi) yg mentafsirkan mengikut lughah. Bidang2 ilmu Islam sgt luas dan perlu belajar ilmu dahulu barulah mentakwil.

5) Manhaj - iaitu turutan ajaran2. ada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yg bermula dr Nabi Muhammad, kpd para sahabat2 dan tabi'in yg meriwayatkan pd susur galur dan sanad yg jelas. ada Manhaj2 lain yg kita pun x faham.

6) Khilafah - iaitu pemerintahan. Khilafatul Islam iaitu pemerintahan Islam yg kini telah tiada. Berakhirnya pemerintahan Islam menyebabkan permasalahan spt yg berlaku di Syria dan Rohingya kini.

7) Tauhid - Manhaj - Khilafah.

8) Makanan jiwa ialah zikir. pd tasbih, tahmid dan tahlil. Zikir utk memberi kekuatan ruh, ada rasa 'aura' apabila membacanya.

9) Teksi Uber dan teknologi terkini, teksi tanpa pemandu. Adakah kita percaya utk meletakkan anak2 dan isteri kira naik teksi hanya dengan berpandukan teknologi. Cth2 dajal tiruan. Kena ada super cautious pd menjaga iman kita. mengikut penilaian Islam.

10) Kebersamaan kita iaitu bertahalluf dlm ekonomi, politik dan sosial jgn sampai kita mengorbankan akidah. Surah Al Kafirun jelas ada batasan tauhid. Andai kepercayaan tauhid kita dipertikaikan dan diganggu oleh bukan Islam. Non Muslim tidak akan membiarkan Islam itu lebih tinggi dari 'keadilan' atas faham mereka.

11) Al Baqarah ayat 145:

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ

Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -- kalau begitu -- termasuk golongan orang-orang yang zalim.

12) Kena faham agama dengan menggunakan tools yg sebenar. Barulah dpt kefaqehan dlm agama.

Jazakallah.


Sunday, 11 December 2016

Laporan status pembangunan Bangunan KAFA

Terkini..
Jumlah kutipan direkodkan
9/12/2016 - 162 Lot = RM16,200
11/12/2016 - 242 Lot = RM24,200

Sasaran - 900 Lot = RM90,000
Dana yang masih diperlukan = RM65,800

Status sehingga 9 Disember 2016.

1) Render lantai simen Blok 2 (bilik guru).✅
2) Plaster dinding bilik guru✅
3) Render lantai simen Blok 1 & 3 (4oo6 kelas)✅
4) Plaster lantai ruang depan bilik air.✅

Kerja2 sasaran dan kos yang diperlukan minggu minggu berikutnya:
🔧🔨🛠⛏🔩⚙🔧🔨⚒⛏🔩

09hb - 10hb
1) Render Lantai 2 Kelas Blok 1

10hb - 13hb
2) Simen Kaki Lima keliling Blok 1/2/3 bahagian luar
3) Render Lantai dan Plaster Dinding 6 buah Tandas
4) Tile tandas
5) Memasang Accessory Tandas (5 tandas cangkung+1 tandas duduk)

13hb - 16hb
6) Memasang Wiring oleh 15 org petugas (Pahang Skills)
7) Memasang frame ceiling dan memasang ceiling (serentak dengan kerja2 pendawaian)

17hb - 20hb
8) Memasang lampu dan kipas di setiap bilik kelas dan bilik guru
9) Memasang kayu peleh dan gutter di bahagian dalam Blok 1/2/3
10) Menanam 6' underground PVC piping di bahagian dalam antara blok 1/2/3

21hb - 23hb
11) Cat ceiling by kontraktor
12) Kerja2 membuat sistem pembentungan tandas (sump pit dan sewage) di keliling Blok 2/3 (bergantung pd kutipan dana)

24hb - 25hb - Sabtu dan Ahad
13) Mengecat dinding luar dalam (coating) bersama penduduk (gotong royong)

Kos yang diperlukan.
💵💴💶💷💵💴💶💷💵💴💶

1) Upah kerja2 terdahulu (Render dan Plaster 3 blok) ~ RM3000✅
2) Simen (80 bag x RM16 sebag) = RM1200
3) Peleh Gutter 140ft, Paip saluran air dinding 120ft dan 6' PVC bawah tanah 160ft = RM2450
4) Single Phase wiring - RM1600 (tak termasuk kos CSR PSDC)
5) Minum pagi dan petang dan makan pagi 20 orang petugas Pahang Skills selama 5 hari - RM10X20X5 = RM1000
6) Accessory Tandas cangkung dan duduk (RM200 X 6 bilik) = RM1200
7) Tile bilik air (RM2 sekeping × 800 keping) = RM1600

Total sasaran kos minggu ni:
Total = RM9050 (tak termasuk upah)

Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah memasukkan terus ke akaun BIMB KAFA: No Akaun BIMB: 06019010067542. Jazakallah.









Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...