Tuesday, 28 August 2018

Laporan Kerja-kerja Penaiktarafan Masjid Fasa 1 (Ruang Solat Utama)

Mengimbas kembali kerja-kerja penaiktarafan Masjid Fasa 1 yang melibatkan pembesaran Ruang Solat Utama Muslimin. Alhamdulillah berkat kesungguhan AJK Masjid dalam merangka perancangan dan menyusun gerak kerja, kerja-kerja dapat dimulakan seawal 8 Disember 2018 oleh Kontraktor yang dipilih, En Saroji sebagai Kontraktor Bangunan dan MS Alumni untuk Kontraktor Cermin. Manakala, pihak AJK Masjid bersetuju memilih En Rozi sebagai penyelaras kerja-kerja pendawaian dan elektrikal.

Pengubahsuaian Ruang Solat Utama turut melibatkan penambahbaikan ceiling di ruang tambahan kepada plaster ceiling dan arch, kerja-kerja menukar karpet yang baru, dan pemasangan peralatan elektrik termasuk Air Cond Cassette type 3.5 hp sebanyak 2 unit, tambahan 4 kipas syiling dan 6 kipas dinding, lampu keliling dewan utama lama dan downlight di ruang tambahan dan ruang solat muslimat, 2 unit TV, pemasangan semula CCTV sebanyak 8 unit, tinted cermin, dan pemindahan lokasi speaker.
  
 
 
Pihak AJK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pewakaf yang terdiri daripada pewakaf kerja-kerja Fasa 1 dan pewakaf karpet ruang solat utama.

Kerja-kerja utama pembangunan siap sepenuhnya pada 22 Januari 2018 kira-kira sebulan setengah. Pihak AJK dan Ahli qaryah masjid turut berjaya melaksanakan kerja-kerja gotong royong membersihkan lantai masjid untuk pemasangan karpet baru pada 21 Januari 2018.










 


Pihak AJK juga mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat sempena tamat penaiktarafan kerja-kerja Fasa 1 Dewan Solat Utama pada 23 Januari 2018 dan sedikit jamuan kesyukuran.



Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...