Saturday, 25 June 2016

Kuliah Subuh Wasiat Iman Ustaz Zainal 25 Jun 2016

Kuliah Subuh Ustaz Zainal

1) Islam menjaga akal dan mengharamkan arak dan per2 yg memabukkan (dikiaskan dengan arak yang memabukkan):

 كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ
"Setiap minuman yg dapat memabukkan adalah haram"

2) "Hukuman bg yg meminum arak di dunia, ialah sebat. Sekiranya minum lagi, sebat lagi. Minum lagi, sebat lagi. Dan sekiranya minum lagi maka bunuhlah - Riwayat Abu Daud" (kerana menghalalkan hukum yang haram & tidak bertaubat).

3) Arak adalah ibu kepada perbuatan dosa.

4) Pengharaman arak 4 peringkat:

a) Diantara tumbuh2an dan buah2an, buah kurma, anggur, kamu menjadikannya sbg minuman yg memabukkan maka yg halal itu menjadi haram.

b) "Dan janganlah kamu menghampiri solat ketika sedang mabuk"
- kisah seorang yang baca surah Al Kafirun berulang2.

c) ".. dan arak ini ada manfaatnya dan mudaratnya. tetapi dosanya (mudaratnya) lebih besar (dari manfaatnya) yang diperolehi"
- manfaat jual arak dapat duit dll.
- Albaqarah ayat 219: "

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.."

d) " Wahai orang2 yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib itu adalah di antara amalan2 syaitan maka jauhilah. Mudah2an kamu beroleh  kejayaan." Al Maidah ayat 90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."


5) Dalam syurga ada semua jenis minuman spt madu, susu, arak, telaga al kauthar (yang sekali minum tidak akan haus selama2nya) dll. Tetapi arak di syurga tidak memabukkan dan tidak mendatangkan mudarat (organ rosak, mabuk dll). Sedang di dunia, yg mabuk akan hilang kewarasan akal fikiran shgga sampai peringkat menuduh orang berzina dan membunuh.

6) Pindaan RUU 355 adalah utk melaksanakan hukum pd minum arak iaitu 40 sebatan sehingga 80 sebatan. Menggantikan peruntukan sedia ada maksimum 6 kali sebatan bg Undang2 jenayah Syariah.

Hukum Islam ada qisas spt bunuh balas dan bagi yang dimaafkan perlu membayar diyat (pampasan) kpd pewaris keluarga simati kerana hilang punca pendapatan (andai suami mati), dll, mengikut keperluan pewaris. Hikmah, andai pembunuh terlepas bebas tetapi tidak membayar apa2, akan timbul sifat dendam dari kalangan ahli keluarga simati dan tidak akan selesai kerana saling bertindak balas.

7) Orang yg minum arak, solatnya tidak akan diterima 40 hari.- Hadith

8) Pil2 seperti pil kuda yang memabukkan dan merangsang, juga haram kerana pemakannya akan bertindak melakukan per2 yang tidak terkawal. Pil kuda digolongkan sebagai dadah sintetik.

- kes budan perempuan yg makan pil dan ikut lelaki dan dirogol berkali2.
- terjebak zina.

9) Allah Taala murka kpd yg terlibat dan akan disediakan azab di hari Akhirat. Akan diberi minuman drpd air yang menggelegak.

10) Wajib menjaga hati dan keseluruhan anggota badan (mata, lidah, telinga)

Jazakallah

Sunday, 12 June 2016

Dana Pembinaan Masjid Asy Syakirin Bandar Damansara Kuantan





Program2 Ihya Ramadhan 1437H

Kuliah antara solat Tarawikh
Program Tadarus Muslimin (setiap malam selepas solat tarawikh)
Program Tadarus Muslimat (Sabtu dan Ahad)
Kutipan Sumbangan Sekampit Beras Sekilo Gula Anjuran Masjid utk Fakir Miskin. Tarikh Agihan 3 Julai 2016
Bubur Lambuk Perdana. Tarikh: 2 Julai 2016

Kuliah Subuh Ustaz Zainal (Wasiat Iman)


1) Puasa di dalamnya ada kaitan dengan:
- menahan diri dari makan dan minum disiang hari.
- iktikaf di masjid - ada peraturan2 dalam beriktikaf
- tidak makan per2 haram - "Jangan makan harta2 di antara kamu dengan cara yg salah, sedang kamu mengetahui."
- tidak bersumpah yang dusta (antara dosa2 besar) utk mendapatkan harta dunia tanpa hak yang sepatutnya. Tempatnya di neraka. Dia bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kpdnya.

2) Antara dosa2 besar ialah:
- Syirik tanpa taubat, Allah tidak akan ampunkan dosanya.
- Derhaka kpd ibu bapa
- Sumpah yang palsu (Nabi berkata sumpah palsu akan melemaskan orang itu dlm harta dunia dan lemaslah ia di dalam neraka).
- Al Imran ayat 77,
"
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih."

- Jangan pandang ringan harta orang lain walaupun sepotong kayu sugi.

3) Saksi palsu kpd orang lain yang berdusta umpama orang yg menjual akhiratnya utk dunia dan kepentingan orang lain.
Hadith riwayat Imam Ahmad, "Saksi palsu menyamai dosa org yg syirik kpd Allah"

4) Orang yg menyelewengkan wasiat juga adalah berdosa.

5) Hadith Nabi,
"Tidaklah berganjak kaki orang yg saksi palsu pada hari akhirat sehinggalah Allah mewajibkan bgnya neraka"

6) Hadiah kpd org yang tidak berhak menerima kerana kepentingan termasuk dlm per rasuah dan adalah haram.
- spt beri kpd golongan hakim yang ada jawatan sdg mereka telah bergaji dgn sebab kepentingan.
- orang yang memberi, menerima rasuah & menjadi pengantara pun akan dilaknat oleh Allah.

Jazakallah

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Masjid Asy Syakirin Bandar Damansara Kuantan

 Kehadiran jamaah Muslimin berbuka puasa
 Kehadiran jamaah Muslimat berbuka puasa
 Kehadiran jamaah Muslimin berbuka puasa
 Juadah berbuka puasa - ayam goreng berempah, ikan selar masak sambal, labu masak lemak kuning, ikan kering, kerabu mangga, ulam2an, tembikai dan air oren
Jamaah muslimin sedang mengambil juadah berbuka puasa
Jamaah beratur mengambil makanan
Warga Maahad Tahfiz Darul Iman membawa majlis bacaan Yasin dan Tahlil sebelum berbuka
Jamaah muslimin dan muslimat bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa
Jamaah muslimin membuat persiapan memasak

Semakan Status Pembayaran Khairat BDK 2020

Assalamualaikum. Pembayaran dan kemasukan data peribadi ahli Khairat Kematian Masjid Assyakirin BDK boleh dibuat secara online melalui lin...